“Sekiranya saya masih menceritakan berkenaan hidup saya kepada dia, maknanya saya masih sayang dia dan masih punyai impian biarpun dia tidak sayang saya. Tetapi mama beritahu, sekiranya orang tidak sayang kita biarpun kita berusaha, maknanya Tuhan sayangkan kita. Kerna Tuhan yang menumbuhkan sayang itu. Pasti ada sebab Dia tidak tumbuhkan sayang orang itu kepada kita. Mungkin, sekiranya sayang itu tumbuh, kita mungkin dijahati dan diapa-apakan oleh orang itu dengan 'sayang'nya tadi. Lalu kita jadi lebih sakit berbanding semasa dia tidak sayang kita. Ataupun mungkin, orang itu sebenarnya sayang kita. Cuma mungkin kita tidak nampak, ataupun dia lupa memberitahu. Dan kerna itu, perlu adanya impian, supaya kita tahu apa yang kita kejar. Mama beritahu lagi, sekiranya mempunyai impian, biarlah impian itu besar. Jadi buat apa terseksa dengan hanya seorang yang tidak mahu sayang kita, sekiranya ramai lagi yang bisa sayang kita. Dan sekiranya kita berdoa dengantulus, mama bilang, Tuhan berjanji menunaikannya, cuma tidak pasti lambat ataupun cepat, di dunia ataupun dia akhirat. Yang pasti, janji Tuhan itu pasti. Kerna itu, saya tetap akan terus hidup dan saya yakin akan ketemu orang yang sayang saya seperti saya sayang dia, kerna itu impian saya.”
.
.
.
that cool. And tq friend for sharing
2 comments:
i love this story...:D
and my friend is U..
tq a lot
Post a Comment